Pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat ini diharap akan menonjolkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu integriti, rasuah dan pemerkasaan peranan agensi penguat kuasa di seluruh negara.<br /><br />Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketegasan itu penting bagi memastikan semua agensi dapat bergerak secara bersama dalam membanteras rasuah dan ketirisan wang negara.<br />
