Dr Fauziah Hassan, peserta misi Freedom Flotilla Coalition ke Gaza, menzahirkan kesyukuran selepas selamat tiba di Istanbul. Beliau berkongsi pengalaman pelayaran keduanya yang penuh cabaran, termasuk detik cemas apabila helikopter tentera Israel melancarkan serangan laser ke arah kapal mereka. Misi ini bukan sekadar penghantaran bantuan, tetapi simbol keberanian wanita dalam memperjuangkan kemanusiaan.
