Seorang mangsa dikhuatiri terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang terjunam ke dalam Sungai Panchor, Muar pada Isnin.<br /><br />Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I, Nor Alfatah Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.42 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.<br />
