Pelajar Tingkatan Empat maut ditikam, polis rampas dua senjata tajam

Polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari seorang guru yang mendengar bunyi jeritan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752443/berita/semasa/pelajar-tingkatan-empat-maut-ditikam-polis-rampas-dua-senjata-tajam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PelajarTingkatanEmpat #MautDitikam #DuaSenjataTajamDirampas #PDRM