Kemeriahan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN yang berlangsung pada 28 September 2025 bertempat di Central i-City Mall Shah Alam mendapat perhatian ramai.

100 bayi telah berentap bagi merebut gelaran juara pada hari tersebut dan menariknya, pelbagai hadiah lumayan ditawarkan selain pembukaan akaun Simpan SSPN untuk setiap peserta.

Ternyata penganjuran acara ini dapat menarik perhatian ibu bapa untuk membuat perancangan kewangan seawal usia anak-anak demi masa depan pendidikan mereka melalui Simpan SSPN.

#pamamerangkakrace2025
#SimpanSSPN
#BMS2025
#JomJadiSuperheroAnakAnda