Jelajah TV PSS Sinar Bestari kembali lagi!

Kali ini lebih meriah kerana kami ditemani Air Selangor dan BoBoiBoy!

Sekolah pertama yang menjadi lokasi lawatan ialah SK Taman Cuepacs dan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sehingga membuatkan adik-adik tersenyum lebar sepanjang hari.

Kehadiran istimewa BoBoiBoy pula benar-benar menceriakan suasana, terus hilang rasa mengantuk dalam dewan.

Nak tahu apa yang lebih menarik?

Jelajah TV PSS Sinar Bestari X Air Selangor: Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy akan meneruskan tour ke lebih 10 buah sekolah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya!

Jeng jeng jeng...adakah sekolah adik-adik termasuk dalam senarai?

Nantikan kehadiran kami dan jumpa adik-adik nanti!