Surprise Me!

Meriahnya Majlis Hi-Tea Syurga Wanita - Tiga Pemenang Bertuah Dirai & Kolaborasi Wangian Bersama ADIRA Curi Tumpuan!

2025-10-22 19 Dailymotion

Wah, meriah sungguh majlis hi-tea eksklusif anjuran @syurgawanita.sw! Sebuah platform beli-belah dalam talian dari wanita untuk wanita yang terbaru, berlangsung buat pertama kalinya di Ritz Carlton Kuala Lumpur baru-baru ini!

Dalam acara yang penuh warna warni dan keceriaan, pengasasnya Ms Enica berkongsi harapan agar Syurga Wanita menjadi destinasi beli-belah yang bukan sahaja memanjakan, malah memperkasakan wanita untuk tampil lebih yakin dan bergaya dalam kehidupan seharian di samping mendapatkan pengalaman membeli belah yang eksklusif dan menyeronokkan!

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan Wanita Bergaya 2025, sekaligus menandakan langkah berani platform ini untuk terus berkembang dan menembusi pasaran Asia.

Selain itu, Syurga Wanita turut meraikan kolaborasi bersama penyanyi Adira iaitu dengan pelancaran koleksi minyak wangi Aura Wanita dan Flora Syurga yang nyata wangi dan mempersonakan! Turut hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Alha Alfa, Shanel Harun serta rakan-rakan jenama dan peminat.

#majalahnona #SyurgaWanita25 #WanitaBergaya25

Buy Now on CodeCanyon