Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperketatkan garis panduan pendaftaran kad sim prabayar di negara ini yang disasarkan akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.<br /><br />Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata berdasarkan garis panduan yang ditetapkan sejak 2017, setiap individu boleh mendaftar sehingga lima nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi.<br /><br />#SinarHarian #BeritaSemasa #MCMC #KadSim
