Pengerusi Emeritus Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Dr. Chris Daniel Wong berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lebih mudah mendapat peluang terlibat dalam rantaian bekalan dan nilai jika bekerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, berbanding syarikat berpangkalan dari China. Jelasnya, dinamika ini timbul memandangkan syarikat berpangkalan di barat lebih terbuka melantik bakat tempatan mengetuai syarikat yang beroperasi di negara asing. #DialogTigaPenjuru #ASEAN25
