Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) tampil di Jelajah Jiwa SME 2025 Grand Finale di The Curve, Damansara bagi memperkenalkan inisiatif e-Invois MyInvois, satu langkah penting dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke arah pendigitalan urusan perniagaan dan pemantapan ekosistem percukaian negara.<br /><br />Pengarah Bahagian e-Invois, Sektor Operasi Cukai Hasil, Dr. Rasyidah Che Rosli, berkata, pelbagai penerangan terperinci dan demonstrasi bakal diadakan untuk para pengunjung yang hadir ke lokasi.<br />
