ASEAN terus mengamalkan dasar terbuka terhadap mana-mana pihak, termasuk Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan rantau ini terus berkecuali, aman, dan ekonominya terus makmur.<br /><br />Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata, beliau turut merakamkan penghargaan kepada China kerana terus mencerminkan iltizam untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN.
