ASEAN dan china akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan halangan perdagangan antara kedua-dua pihak bagi memastikan aliran dagangan yang lebih lancar dan berkesan di rantau ini.<br /><br />Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu akan menjadi antara tumpuan utama dalam perbincangan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-China, yang turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0.<br />
