‘Malaysia bukan buta tuli ikut apa juga sekatan AS kenakan’

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, dan pelaksanaannya adalah berdasarkan kepentingan serta keselamatan ekonomi negara, termasuk undang-undang dan peraturan domestik.

Beliau turut memaklumkan bahawa menerusi perjanjian itu, Amerika Syarikat bersetuju supaya sebarang langkah yang ingin diambil dalam menangani isu ketidakseimbangan perdagangan perlu melalui mekanisme rundingan bagi mencapai kesefahaman bersama.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #AhliParlimen #TengkuZafrul #AmerikaSyarikat #Tarif