Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara Universiti Diraja Phnom Penh, Chhay Lim berkata kepengerusian ASEAN oleh Filipina pada 2026 akan menyaksikan isu keutamaan yang berbeza antara negara-negara anggota. Jelasnya, ini cabaran yang bakal dihadapi susulan penjajaran baharu geopolitik berikutan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat, isu Laut China Selatan dan konflik sempadan Kemboja-Thailand. #ASEAN25
