Lapan individu terkandas di Bukit Larut, Taiping selepas tiga wanita mengalami kecederaan ketika mendaki. Dua mangsa mengalami kekejangan otot, seorang terseliuh manakala lima lagi tidak cedera. Operasi menyelamat melibatkan anggota bomba, polis dan pengurusan Bukit Larut berjaya menurunkan semua mangsa selepas kira-kira tiga jam.
