Cubaan seludup bunga ganja lebih RM4 juta ke ibu negara

Cubaan satu sindiket dadah untuk menyeludup bunga ganja bernilai lebih RM4 juta dipercayai ke ibu negara berjaya digagalkan dalam satu operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Pasukan Peronda Lebuhraya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman serta JSJN Kontinjen Pulau Pinang itu berjaya menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tol Sungai Dua, Pulau Pinang kira-kira jam 2.30 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755194/berita/semasa/cubaan-seludup-bunga-ganja-lebih-rm4-juta-ke-ibu-negara

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #bungaganja #PDRM