Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin menyaksikan saingan 10 penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada 29 November ini.<br /><br />Anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman iaitu Datuk Yamani Hafez akan dicabar sembilan calon lain selepas pencalonan mereka disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sipitang, Abdul Karim A.M Zahari.
