Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan Parlimen bahawa model Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) masih dalam peringkat kajian, dengan kerajaan menilai amalan terbaik daripada agensi antarabangsa. <br /><br />Beliau menegaskan bahawa MTSB akan bebas menjalankan penyiasatan dan laporan yang disiapkan akan dibentangkan secara terbuka tanpa sebarang pindaan oleh Kementerian Pengangkutan.
