Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong memaklumkan bahawa sejak pelancaran Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) pada Mei 2024, seramai 13,679 jurutera dan tenaga mahir teknikal telah dilatih, diperakui kemahiran dan diserap ke industri semikonduktor. <br /><br />Usaha ini merangkumi bidang reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju, fabrikasi wafer serta R&D, melibatkan universiti terkemuka seperti USM, UM, UTM, UPM, UTeM dan UNIMAP.
