Lawatan rasmi PM: Kerajaan jawab isu penggunaan pesawat sewaan khas

Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa delegasi perniagaan yang mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya menanggung sepenuhnya kos masing-masing tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan salah faham susulan keputusan menggunakan penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines untuk lawatan tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757018/berita/nasional/lawatan-rasmi-pm-kerajaan-jawab-isu-penggunaan-pesawat-sewaan-khas

#SinarHarian #BeritaSemasa #LawatanRasmiPM #PesawatSewaanKhas