Lelaki hanyut di Pintasan Saloma: Kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa ditemui

Kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang hanyut bersama seorang lelaki dalam insiden kepala air di Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma ditemui kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kenderaan itu ditemui pada jam 8.30 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757301/berita/semasa/lelaki-hanyut-di-pintasan-saloma-kenderaan-pacuan-empat-roda-dinaiki-mangsa-ditemui

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #keretalelakihanyutdijumpai #hanyutberhempiranpintasansaloma #kepalaairsungaiklang #PDRM