Laskar Kanan Maritim hadapi 10 pertuduhan rasuah

Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat atas 10 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,300 antara tahun 2022 dan 2023.

Tertuduh, Muhamad Azizi Kamali, 40, yang berpangkat Laskar Kanan Maritim T4, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757593/berita/semasa/laskar-kanan-maritim-hadapi-10-pertuduhan-rasuah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Maritim