Kehangatan kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 (PRN-17) kian terasa apabila sejumlah 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.<br /><br />Daripada jumlah itu, sebanyak 11,697 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan manakala 12,729 lagi melibatkan anggota polis serta pasangan.
