Pelakon, Anna Jobling bukan sahaja dikenali kerana bakatnya, tetapi juga kerana penampilan cantiknya yang menarik perhatian ramai.

Namun, menjadi figura awam juga ada cabarannya, kecaman dan komen negatif di media sosial sentiasa mengintainya.

Si cantik manis itu berkongsi dengan SinarPus bahawa komen negatif memang sering hadir, tetapi lama-kelamaan, dia belajar untuk tidak membiarkan kata-kata itu mengganggu dirinya.
“Tak baca komen bukan sombong, tapi untuk jaga hati sendiri,” jelas Anna.