Penggunaan rim “hubless wheels” mungkin nampak seperti teknologi futuristik, tetapi sebenarnya ia bukan benda baharu dalam dunia modifikasi tempatan. Dua dekad lalu, Malaysia sudah menyaksikan kemunculan trend ini cuma kini ia kembali mencuri perhatian.

Apa yang lebih menarik, kehadiran semula rim tanpa hab ini membuktikan satu perkara iaitu dalam dunia modifikasi, tiada yang mustahil kalau ada kemahiran, minat dan keberanian untuk mencuba.

Saudara Mas Yan menjadi contoh terbaik. Beliau bukan sekadar memasang, tetapi membina sendiri set “Hubless Wheels” untuk Honda RSX miliknya. Ini merupakan satu hasil kerja tangan yang bukan saja unik, tetapi menuntut ketelitian serta kreativiti luar biasa.

#rodapanas #rodapanasmy #rodapanasmalaysia