ASEAN Colouring Contest 2025 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencuri tumpuan apabila menerima hampir 500 penyertaan dari seluruh Malaysia.

Sambutan luar biasa daripada pelajar sekolah itu mencerminkan minat dan kesediaan generasi muda untuk mengenali ASEAN melalui medium seni dan kreativiti.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat.