Lebihan belanjawan ini membuktikan pengurusan kewangan kerajaan negeri berada di landasan yang betul, berupaya menampung keperluan pembangunan tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat.<br /><br />Keprihatinan kerajaan terhadap keperluan asas rakyat terbukti apabila Kementerian Kerja Raya dan Utiliti menerima peruntukan besar, iaitu RM1.122 bilion bagi Perbelanjaan Perbekalan dan RM534.28 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan.<br />
