Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah mengagihkan lebih RM171.53 juta zakat setakat 30 November lepas.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, jumlah itu bersamaan dengan 86 peratus daripada keseluruhan peruntukan agihan yang ditetapkan untuk tahun ini iaitu RM199.75 juta.

"Ia sekali gus membuktikan ketelusan dan profesionalisme institusi zakat dalam melaksanakan amanah umat," katanya.

Zakat MAINPP juga yakin akan mencapai sasaran kutipan RM200 juta yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761348/edisi/utara/zakat-mainpp-yakin-capai-sasaran-kutipan-rm200-juta

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatMAINPP #Zakat #MAINPP #PulauPinang