Sedar tak sedar tahun 2025 bakal melabuhkan tirainya.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, 2025 juga meninggalkan pelbagai kenangan
tidak terkecuali dengan selebriti yang memilih jalan perpisahan dan pemergian beberapa figura seni yang pernah mengukir senyuman, menghibur, dan menyentuh hati rakyat Malaysia.

Sebelum kita melangkah ke tahun baharu 2026, marilah kita imbas kembali kisah-kisah selebriti yang berpisah dan yang telah pergi sepanjang tahun 2025.