Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa kesal apabila ada sebuah akaun palsu di media sosial yang cuba memainkan isu sensitif berkaitan agama dengan menggunakan identitinya. <br /><br />Menurut Ezzanie, dia pada awalnya memilih untuk tidak ambil peduli terhadap kewujudan akaun tersebut kerana menyangka kandungannya tidak mendapat perhatian ramai.
