Enam rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan merusuh menggunakan senjata hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, Choy Soon Chye, 41; Soh Say Shin, 36; Soo Toh Siang, 30; Calvin Phua Khim Hau, 29; Yap See Hong, 26, dan Tan Shen Qi, 21, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762545/berita/semasa/enam-rakan-tidak-mengaku-merusuh

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #merusuhhinggamenyebabkankecederaan