Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan berhubung penahanan dua pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menegaskan, pihak kementerian akan mengambil tindakan susulan di peringkat dalaman selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) sekiranya perlu.<br />
