Bagi peminat dunia automotif, khususnya dalam arena modifikasi kereta, nama Toyota Supra sememangnya bukan asing lagi.

Ikon JDM ini bukan sahaja dikenali di litar dan jalan raya, malah turut melonjak popularitinya menerusi filem Fast & Furious.

Ya, jika anda peminat tegar filem tersebut, pasti anda pernah melihat jentera lagenda yang dipandu oleh Paul Walker sebuah Supra yang sehingga hari ini kekal sebagai ikon untuk filem ini.

Unit yang anda lihat dalam video ini dibangunkan oleh Encik Dev jbc dari Bimmerz Advocate Garage untuk seorang pelanggan istimewa beliau.

Menariknya, binaan ini diinspirasikan hampir sepenuhnya daripada Supra ikonik dalam filem berkenaan lengkap dengan design dan warna yang membangkitkan nostalgia era awal 2000-an.

Sejauh mana ketelitian build ini? Apakah spesifikasi dan sentuhan modifikasi yang membezakan jentera ini daripada yang lain?

Tonton video ini sehingga habis.