Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini berbanding RM572 juta pada 2010 susulan, pertambahan kes saban tahun.<br /><br />Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata situasi itu mencerminkan beban kewangan yang semakin besar kepada negara selain memberi kesan mendalam kepada kehidupan pesakit.
