Kontinjen Sarawak bagi kejohanan SUKMA akan terus melaksanakan latihan seperti biasa termasuk latihan atlet di luar negara serta penyelarasan penginapan di sembilan daerah yang menjadi lokasi pertandingan SUKMA.

Ia sementara menunggu perkembangan lanjut mengenai cadangan penangguhan kejohanan itu.

Menurut Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini belum ada apa-apa pengumuman rasmi.