SAR bot PATI karam: Risiko mayat tenggelam, hanyut lebih jauh

Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Pulau Pangkor, Lumut berdepan cabaran besar apabila keadaan mayat berisiko kembung selain dihanyutkan lebih jauh.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kebiasaannya mayat akan mula terapung pada hari kedua, namun keadaan fizikal mangsa pada hari ketiga boleh berubah sehingga menjejaskan usaha pengesanan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779690/berita/semasa/sar-bot-pati-karam-risiko-mayat-tenggelam-hanyut-lebih-jauh

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #botkaram #Pati