Leapmotor B10 merupakan antara model elektrik baharu yang diperkenalkan dengan tumpuan kepada segmen SUV kompak, menampilkan reka bentuk moden, kelengkapan teknologi terkini serta ruang kabin yang disasarkan untuk kegunaan harian.<br /><br />Kehadirannya turut memperlihatkan usaha Leapmotor untuk menawarkan pilihan EV yang lebih kompetitif, khususnya dalam pasaran yang kini semakin dipenuhi pelbagai model elektrik dari China.<br /><br />Dalam video ini, Roda Panas melihat dengan lebih dekat apa yang ditawarkan oleh Leapmotor B10 dari segi reka bentuk, ciri-ciri utama dan potensi model ini dalam pasaran tempatan.
