Tak semua SUV dibina untuk kekal dalam keadaan standard.

Perodua Ativa ini tampil dengan pendekatan berbeza menerusi setup suspensi yang jauh lebih rendah, sekali gus memberikan penampilan yang lebih agresif dan menonjol.

Dipamerkan ketika Ativa Day, Ativa ini dibina khas untuk menyertai pertandingan autoshow.

Dalam pertandingan seperti ini, penilaian bukan sekadar tertumpu kepada ketinggian kenderaan, malah turut mengambil kira aspek seperti kekemasan, kreativiti, fitment serta persembahan keseluruhan.

Walaupun modifikasinya lebih menjurus kepada aspek estetika, Ativa ini membuktikan sebuah SUV kompak juga mampu tampil dengan karakter yang unik dan cukup menyerlah.