Empat rakan berdepan hukuman mati

Empat rakan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah lebih 500 gram, bulan lalu.

Tertuduh, Tugimin Mistat, 54; Zulkifli Abdul Halim, 40; Mohd Ashiq Mohd Saed, 40, dan Fitri Hafifi Mohd Hassan, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Asma’ Nahdiyya Che Ab Rahim.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786061/berita/semasa/empat-rakan-berdepan-hukuman-mati

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah