Sekurang-kurangnya 10 pekerja maut, manakala 15 lagi dikhuatiri masih terperangkap selepas satu letupan dipercayai akibat kebocoran gas berlaku di sebuah terowong projek hidroelektrik di Sikkim, timur laut India.<br /><br />Insiden berlaku pada Isnin di projek hidroelektrik milik National Hydroelectric Power Corporation (NHPC) di Sungai Teesta, kawasan Samardung.<br />
