Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, beliau akan berbincang dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari cara lain bagi mendapatkan pengampunan untuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ini berikutan tindakan lembaga pengampunan melupuskan petisyen yang difailkan keluarga ketua pembangkang itu.

Menurut Azmin, beliau juga akan berbincang dengan peguam bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan daripada Yang Di-pertuan Agong.

Azmin berkata begitu ketika ditemui pemberita di bangunan DUN Selangor selepas perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga DUN ke-13 di Shah Alam hari ini.