Pegawai kanan RTM dan Bernama masing-masing memilih untuk tidak mengulas mengenai kegagalan kerajaan membayar gaji dan elaun untuk kakitangan mereka.<br /><br />Masing-masing dilihat cuba menolak memberi jawapan kepada pihak yang lain dan mengarahkan wartawan supaya merujuk kepada kenyataan media.<br /><br />Hari ini, kira-kira 140 kakitangan Bernama TV diarahkan supaya bercuti sehingga diberitahu manakala lebih seratus kakitangan kontrak RTM pula mengadu mereka tidak dibayar gaji lebih dua bulan.