Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakui Washington memandang rendah keupayaan kumpulan militan Negara Islam (IS).<br /><br />Keputusan itu, kata beliau, memberi peluang kepada kumpulan militan itu untuk menyusun semula kekuatan mereka di Syria dan melancarkan serangan balas.<br /><br />Katanya, bekas anggota kumpulan al-Qaeda itu kini berundur dari Iraq berikutan serangan Amerika dan tentera tempatan.