Beberapa individu yang hidup bergelandangan jelas kurang senang dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu 'menangkap' mereka.<br /><br />Menurut seorang daripada individu yang tidak mahu namanya disiarkan, orang gelandangan juga mempunyai hak dan sekiranya tindakan diambil, beliau yakin ada peguam yang akan membela mereka.