Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan yang wujud di dalam PKR sempena pemilihan parti pada April dan Mei ini perlu dihentikan segera. <br /><br />Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali semalam yang mengatakan pasukan yang ada di dalam parti sempena pemilihan adalah sesuatu yang tidak sihat.
