Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Dewan Rakyat ketika Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) diswastakan, jaminan kerajaan ialah tindakan itu tidak akan mengkhianati kepentingan pesawah.<br /><br />Namun menurutnya, hari ini, nasib peladang dan pesawah tidak terbela sedangkan syarikat yang dimiliki oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary itu membuat keuntungan besar.
