Kumpulan pendesak Melayu PERKASA membantah keras saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup supaya bangsa atau etnik seseorang individu dihapuskan daripada borang di negara ini.<br /><br />Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata negara seperti Amerika Syarikat dan India juga masih mengkehendaki rakyatnya menyatakan asal usul keturunan mereka di dalam borang.<br /><br />Malah dakwanya, amalan di negara India mengkehendaki rakyatnya menyatakan kasta di dalam borang yang diisi.