Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya hari ini mengingatkan semua mahasiswa supaya tidak menyertai perhimpunan 31 Disember di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.<br /><br />Dalam kenyataan yang disiarkan pada laman Facebook hari ini, jabatan itu berkata semua mahasiswa seharusnya tidak terbabit dengan "Himpunan Guling Kerajaan" atau "Rakyat Pilih Dataran Merdeka".