Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah diarahkan keluar daripada Dewan Rakyat sehingga perbahasan Belanjawan 2014 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan selesai dibahaskan.<br /><br />Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah itu selepas Sivarasa cuba untuk membincangkan penyelesaian kepada isu perobohan sebahagian kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.