Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM meminta semua pihak supaya tidak memperbesar-besarkan tindakan sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang menyembelih lembu korban di perkarangan kawasannya semasa waktu sekolah.<br /><br />Menurut presidennya Amidi Abdul Manan tidak menjadi kesalahan bagi menjalankan amalan korban di sekolah mahupun di premis kerajaan.
